Monday, January 9, 2012

before & after - azam baru mug sexy


entri kali ni berkategori 18sx....hahaha..so berdasarkan tajuk di atas..saya ada satu mug yang sexy..so saya memberi penampilan baru kepada mug ni supaya tidak sexy2 lagi pada tahun 2012 ni..berikut adalah bahan2 dan cara2 menutup fizikal mug yang sexy ni...layaaaaan~~

benang guni , gam , gunting , deko2 bear dan riben jika perlu

mula2....kita letak gam pada permukaan mug dan lilitkan
benang guni mengikut kesesuaian..

lilit secara gulungan atau secara zig zag


lilit secara zig zag di dalam corak selari

ni hasil separuh siap..kemaskan bahagian tepi supaya menjadi satu
garis lurus bagi tidak menampakkan bentuk corak asal

ni yang dah siap..bolehlah tambah apa2 deko jika perlu

tadaaaaa...dah siap..bila dah siap mug ni tidak la boleh digunakan untuk meminum air...saya jadikan mug ni sebagai tempat letak barang serbaguna...seperti dalam gambar di bawah...nak letak stationary boleh, nak jadikan pasu bunga boleh, nak letak remote tv boleh, nak sangkut cermin mata pun boleh..


so azam mug ini untuk berubah ke arah yang lebih baik telah terlaksana...hahahaha...sekian!

Sunday, January 8, 2012

Kawin Kawin - siri 1 ~ Bunga Telur ~

ok...bunga telur ni first item yang saya buat untuk wedding day saya..mula2 just beli je barang2 ni..ingat nak buat as a deko2 kat hantaran...tp tak sesuai..sebab mak request untuk hantaran letak bunga besar2..sbb masa tunang dh bunga kecik2..so belek2..dapat la idea untuk jadikkan barang2 ni sebagai bunga telur untuk majlis khatam Al Quran..so ni la bahan2 yg telah dibeli dan digunakan untuk menghasilkan bunga telur..


1) bunga (setangkai ada 5set) = RM2.50 setangkai
2) dawai tebal saiz 18 (sepeket ada 15 batang) = RM0.60 sepeket
3) dawai halus saiz 26 (sepeket ada 50 batang) = RM0.60 sepeket
4) kertas lilit hijau = RM0.80 se-roll
5) kain net = RM2.50 (2meter) cukup untuk 40 telur
6) bunga riben DIY je

so untuk majlis khatam Al Quran ni..saya buat 50 biji sahaja bunga telur..sebab khatam Al Quran just invite rakan2 kumpulan Yasiin mak dan jiran2 sahaja...ni lah gambar bunga telur yg dah siap...baru siap 23pcs sahaja..


dan ini pula gambar yang belum siap...=p..kerja2 tahun lepas tergendala sebab tak cukup stok bunga...sebab tu ada 23 je yg siap..haha..new year hari tu balik kampung dan beli stok untk 27 biji yang seterusnya..kene beli kat kedai cina tu jugak...cari2 kat kedai lain tak jumpa2 yang sama..huhu..


hiarh!hiarh!hiarh!!!...so..yang ni kene siapkan dalam minggu ni..minggu depan dah boleh prepare untuk benda lain...=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...