Friday, September 13, 2013

Tempahan Bookmark

Hye, Assalamualaikum... ok hari ni Qist nak update mengenai tempahan bookmark dari Guru Kelab Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin (SAMTSH), Klang sempena dengan hari sukan sekolah... tempahan yang dibuat sedikit sahaja..sebagai memperbanyakkan barang2 untuk dijual pada hari sukan tersebut... 



Ada 2 jenis penanda buku..iaitu penanda buku biasa yang disertakan dengan Mutiara Kata / Quote dalam Bahasa Inggeris...dan penanda buku origami..

diantara penanda buku biasa dengan design yang berbeza setiap satunya..
total semua penanda buku jenis ini ada 15keping

bahagian depan dan belakang

penanda buku origami..siap dipaketkan...total ada 20 paket..

Baiklah, bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan..bolehlah membuat tempahan..selewat2nya seminggu sebelum tarikh yang dikehendaki...supaya tidak tergesa2...boleh request design lain atau idea lain...juga boleh tempah lain2 kerja kraf yang sesuai untuk dijual di sekolah jika ada Guru2 yang berminat untuk mendapatkannya...bukan hanya untuk budak sekolah je..untuk event2 lain pun boleh...

harga bagi penanda buku :

1) biasa (with/without Quote) - RM1.20
2) origami (sepaket) - RM1.00



ready utk dihantar ke sekolah..hehe...TQ Cikgu!! tahun depan order lagi ye =)

Thursday, September 5, 2013

Pororo & Friends Party Kit


Hye!...ok..untuk entry pertama setelah lama tak update..Qist nak share gambar Party Kit dengan tema Pororo & Friends..klien Qist ni merupakan senior masa di UiTM..dah lama tak berborak..tiba2 call untuk tempah Party Kit ni..rezeki Alhamdulillah!..beliau ambik Tiger Package..beliau datang pick up sendiri dan bawak balik jauh ke Sarawak..kebetulan akak ni ada kursus di Shah Alam sebab tu COD je..dan bawah ni...gambar yang di share oleh beliau...hehe...terima kasih =)


untuk sesiapa yang nak tempah..seperti yang diberitahu dalam entry terdahulu..party kit ni dijual secara pos..just order dan bagitau detail..after buat payment..dalam 4 hari kemudian InsyaAllah akan diposkan..untuk order skurang2nya 1 minggu awal..supaya Qist bleh prepare awal...semua item akan dipaket kan supaya tidak bercampur aduk..dan dimasukkan ke dalam kotak..InsyaAllah..buat masa ni..semuanya telah selamat diposkan..=)


ini contoh barang2 yang telah dipaketkan dan dilabelkan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak...pembeli just gantung je mengikut kreativiti masing2...untuk harga pakej dan lain2....boleh rujuk di entry ini - Party Kit ...=)


Friday, August 30, 2013

Pemberitahuan


Hye! Assalamualaikum,

Lama dah Qist x update blog ni...dah lebih dari 2 bulan..sebenarnya Qist baru je pindah rumah..baru xbaru sangat la..dah dekat 2 bulan jugak..so bila pindah ni..ada banyak la benda nak kene uruskan..nak kemas rumah lama dan rumah baru..rumah baru buat masa ni..online guna broadband..x syok sangat..line slow..nak update pun xde mood...so InsyaAllah..dalam minggu depan..Qist dah pasang UNIFI semula kat rumah...so barulah bersemangat skit nak update blog ni..hehe..ada banyak benda yang dah lama tertangguh x di update..InsyaAllah..start minggu depan Qist akan update skit2..harap2 ada la yang selalu singgah kat blog ni..TQ.

rasanya sempat lagi nak ucap...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..mohon maaf zahir dan batin..segala yg baik datang dari Allah..yang kurang datang dari diri Qist sendiri...=)

Thursday, June 20, 2013

Kad Kahwin Design Simple

Alhamdulillah..tak sangka ada seorang kawan Qist ni berminat dengan design map yang Qist buat masa kad kahwin Qist dulu...so dalam bulan April hari tu dia buat tempahan kad kahwin, bunting dan arrow sign kat Qist...Alhamdulillah...rezki Allah nak bagi...

So design kad dia simple je la..budget bawah RM1.00 untuk sekeping...tema warna Pink untuk belah perempuan dan putih untuk belah lelaki...kawan Qist ni senang tak banyak cerita...cuma ada banyak amend dekat map je..walaupun duduk sekampung..tapi Qist tak familiar dengan kawasan rumah dia tu...dia tempah total 1100pcs kad kahwin, 1 bunting dan ada 18pcs arrow sign..so inilah hasilnya..tadaaaa..

bahagian hadapan...kad ni tak perlukan sampul..terus je pos..senang!

ni pula bahagian belakang...Qist buat pattern zigzag2..

bahagian dalam bila dibuka...

dan detail undangan dan map..Qist sekalikan je..kad ni untuk dua2 pihak..
diorang duk sekampung...

detail belah perempuan...

map ke rumah pengantin lelaki..

dan ini stiker utk lekatkan kad supaya tak terbuka semasa di pos..
ataupun diberi secara by hand....stiker biasa je..

 ini pula bunting..yang boleh digunakan untuk kedua2 belah pihak..
jimat!..buat satu dah cukup..

arrow sign...yang pink untuk belah perempuan..dan putih belah lelaki... arrow sign ni Qist just lekat atas kotak recycle dan wrap dengan plastik..

 ready utk dihantar....hantar pada tarikh 6Jun 2013..
tapi baru nk update kt blog hari ni..hahaha

ok..so kepada sesiapa yg berminat nak tempah design kad dengan map macam di atas ni..bleh la contact Qist..nak senang contact thru FB ni....By:Qist Ali...tempoh siap dalam masa 2 minggu setengah kalau tiada apa2 masalah..tapi seelok2nya tempah la lagi awal lagi bagus..takut nanti buat kerja tergesa2 ada plak jadik benda2 yg tak diingini kan..mana la tau kan...so harga bagi kad macam ni adalah :

kad kahwin : RM 0.80 sekeping (1000 pcs ke atas) (material : art card)
bunting : RM 45.00 1pcs ( kalau 2 pcs RM 80 )
arrow sign : RM 2.50 1pcs

boleh tempah mengikut tema masing2...tak statik dengan design zigzag2 macam ni je...warna semua boleh ubah mengikut tema dan kehendak pelanggan....sekian..terima kasih!!!

*ada banyak benda tergendala nak update..pc rosak..ini pun tumpang pc suami...dia xguna pc hari ni..hehehe...lepas ni Qist akan update pasal projek DIY dan tempahan2 lain...(bila ada kelapangan la..hehe)

Thursday, May 16, 2013

Bookmark untuk Cikgu

sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ni..anak sdara Qist tempah bookmark untuk beri pada cikgu-cikgu mereka...just buat bookmark simple je..so inilah hasilnya..total semua Qist buat dalam 16 keping..untuk ketiga-tiga beradik...



so sesiapa yang berminat nak tempah untuk event-event lain..harganya sekeping RM1.20..=)
SELAMAT HARI GURU!

Party Kit for Anniversary


last 2 week ada customer repeat order..Alhamdulillah..hari tu dia order untuk birthday baby dia..sekarang dia order custom...tak ikut pakej..untuk 2nd anniversary, mother's day, birthday husband dia dan macam2 lagi...so dia just tempah welcoming sign A3size, LOVE theme garland dan photo props...

thank you sangat2 sebab sudi tempah lagi =)

untuk senarai harga sila rujuk entry PARTY KIT....tq!

Wednesday, March 20, 2013

Birthday Sign




Alhamdulillah...ini tempahan dari client seterusnya...tapi just tempah untuk sign ni je...saiz A3 dengan tema LADYBUG....memandangkan ni just satu je..so kena la buat macam2 sikit graphic dia supaya nampak dan sesuai dengan tema yang diminta...

(= TERIMA KASIH =)



yang ni pula just saja2 buat..sempena birthday anak saudara Qist sendiri...duduk jauh nun di Sabah...dia suka kartun Thomas & Friends...simple je..sebab ni idea spontan buat untuk wish birthday dia kat FB...

Alhamdulillah..tiap2 minggu ada je orang yg bertanya2 pasal Party Kit ni...terima kasih kepada semua yang berminat dan view blog Qist ni..lately ni busy sikit dengan kerja2 lain..so agak kurang update dekat kedua2 blog yg Qist ada...kene fokus dan siapkan kerja satu persatu...so kepada sesiapa yang berminat..jangan malu jangan segan..nak tanya2 nak survey2..semua boleh..InsyaAllah Qist akan reply satu2...nak lagi senang just message thru FB je..sebab email sehari cek sekali je..dan FB selalu online...=)

Friday, March 8, 2013

Mickey Mouse Party Kit


terima kasih kepada pelanggan pertama yang try PARTY KIT saya..
tema : Mickey Mouse in Red + Black & White
beliau ambik CAT PACKAGE dan add on lain2 item....
dan special request untuk deco highchair (gambar bawah skali kanan)...
harga untuk deco Highchair : RM20 
jurai2 tu dibuat menggunakan riben bukan kertas..supaya tak koyak kalau baby tarik..huhu..

(= TERIMA KASIH =)

Saturday, February 2, 2013

Party Kit

PEMBERITAHUAN: HARAP MAAF.. harga utk PARTY KIT ni dah berubah...harga ni tak valid selepas MAC 2014.. Sila ke page FB saya Krafty Qist Kiss Cats untuk harga dan pakej terkini..TQ.

Seperti yang dijanjikan, hari ni Qist nak bagi price list untuk Party Decoration....sorry bahasanya campur2 English dan Melayu...dan sorry lagi sekali...Qist tiada banyak sample nak tunjuk....nak ambik gambar2 dari internet macam tak best plak...so buat masa ni, Qist ada yang Mickey Mouse punya Birthday party je..kalau ada sebarang pertanyaan tinggalkan saje komen ya...!


1 set  - Party Banner + Name = RM25 (max 20 huruf) tambahan RM1 bg penambahan setiap huruf.


yang hitam jurai2 tu...Fringe Garland, yang dekat bahagian tepi ada bentuk segitiga tu Party Flags dan yang bawah ni Theme Garland....


Party Flags / Doily = RM 3.50 per meter

Party Garland 
Simple / Basic Fringe Garland  = RM 4.00 per meter
Theme Garland = RM 8.00 per meter
3D Garland / Origami = RM 15.00 per meter


Food Labelling = RM 0.80 each


Cake Topper = RM 2.00 - RM 5.00


Welcoming Sign = RM 15.00 (A3 size) RM 10.00 (A4 size)

antara lain2 deko yang Qist boleh sediakan adalah: 

Paper Wheel

Plain Colored Paper
Small RM 1.00 each
Medium RM 2.50 each
Big RM 5.00 each

Decorative Paper
Small RM 2.50 each
Medium RM 4.50 each
Big RM 7.00 each

Basic Photo Props = RM 5 per set ( 3 unit )

Invitation Card 
 1side printing RM 0.70 - RM 1.20 sekeping
2 side printing RM 1.20 - RM1.50 sekeping
klik untuk lihat sample card  

dan kalau nak lagi senang....boleh tengok harga pakej Party Kit kat bawah ni....





untuk Party Kit ni..macam yang Qist pernah cakap di entry sebelum ni....Party Kit ni Qist jual secara pos...atau bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Shah Alam boleh la ambik terus dari Qist sebab Qist menetap di Seksyen 7 dan Seksyen 20 Shah Alam...harga yang diberi tidak termasuk kos pos..so untuk harga pengeposan adalah standard harga dari Pos Malaysia..Qist tak pernah pergi tanya plak lagi..tapi InsyaAllah akan update kemudian...

kesemua Party Kit akan dihasilkan dan diperbuat daripada kertas bukan fabrik..setiap satunya akan diikat dan dicantumkan siap-siap...so nanti sesiapa yang beli Party Kit ni...tinggal ikat dan gantung je kat rumah masing2...senangkan~~! Qist pun ada menyediakan sewaan untuk Party Decoration ni...tapi kosnya bertambah la sebab diambil kira kos pemasangan dan pengangkutan...so Party Kit ni adalah solution yang paling senang dan jimat....=)

tema Party boleh pilih sendiri..terpulang kepada pembeli..antara cadangan tema dari Qist adalah seperti di bawah ni...tapi terpulanglah kepada anda semua...selagi mana yang Qist mampu buat Qist akan on je =)

Mickey Mouse
Hot Air Balloon
Floral Vintage
Love Bird
Carrot + Tomato
Strawberry + Blueberry
Rainbow
Sailor / Navy

so, jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan komen atau PM Qist di Fan Page FB Qist iaitu....By: Qist Ali
okla...tu je rasanya...sekian, terima kasih!!

HARAP MAAF. harga ni tak valid selepas MAC 2014.. Sila ke page FB saya Krafty Qist Kiss Cats untuk harga dan pakej terkini..TQ.

Tuesday, January 29, 2013

Mickey Mouse Birthday Party

Hye! ok hari ni Qist nak update satu lagi job yang Qist dapat dalam tahun ni..Alhamdulillah....walaupun perancangannya dah start sejak hujung tahun lepas..event ni berlangsung hari ahad yang lepas...27 January 2013..klien Qist kali ni kawan sekelas masa belajar kat UiTM dan juga kawan blogger. Nama dia Alin, so dia request untuk buat theme Mickey Mouse sempena birthday anak sulungnya yang pertama.

Untuk job ni, apa yang Qist provide adalah backdrop design, banner, party flags, party garland, photobooth area + props, tablecloth, food labelling, welcoming poster, balloons and etc. Jom! tengok gambar2 masa event tu...tapi ada sikit je la...hehe


Happy Birthday Hafidh Aryan


party backdrop


overall area


balloons




food labelling - atas
cake flags - bawah


cake by : i.i. bakeriestudio

untuk cake Alin tempah kat kawan sekelas kitorang juga...so bleh la klik link kat atas ni..klau berminat nak tempah cake / cupcake / crepe dari dia....nama dia Illi...=)


party garland....=( sob..sob..sob



ini Alin dan baby coming soon...birthday boy dah tertido keletihan masa ni...hehe


 ini plak tukang buat kek dan tukang deko-deko....=p


untuk percubaan pertama ini...overall ok, cuma Qist ada sedikit ralat sebab party garland tu tak dapat nak gantung sebab tali berselirat...huhuhu.....lepas ni kena berhati-hati masa packing barang..tak nak kejadian sama berulang lagi...penat-penat buat last-last tak dapat nak gantung...huhuhuhu...

Qist harap lepas ni ada la lagi orang berminat untuk tempah deko-deko party ni..untuk next entry Qist akan beritahu pricelist untuk deko-deko ni...so akan ada pakej A, B dan C...dan juga harga bagi each item....Qist nak jual Party Kit...so sesiapa yang berminat boleh tempah ikut pakej or order satu2 ikut keperluan..Party Kit ni dijual secara pos, so kalau ada klien duduk jauh kat Kedah ke Perak ke mana2 pun boleh oder..tinggal gantung je kat rumah masing2...senang jimat kos nak bayar transportation dan upah pasang..just  bayar harga Party Kit dan kos pos je..sekarang kan zaman bisnes online dan pos-mengepos...hehehe....okla..sekian sahaja...tunggu next entry ya!.... 

Thursday, January 10, 2013

Birthday Card

Alhamdulillah...ini adalah job pertama Qist untuk tahun 2013...rezeki yang tak disangka-sangka...kawan Qist ni pernah mintak sample untuk handmade card...Qist pernah cerita kat entry tahun lepas...tapi event tu tak jadi...so tiba-tiba Jumaat lepas kawan Qist ni PM Qist minta tolong buatkan kad ni..buat segera sebab event dia dah nak dekat...so paling lambat hari Selasa (kelmarin) mesti dah kene pos..

Mula-mula rasa macam tak sempat nak buatkan...sebab file lama yang Qist buatkan dia dulu Qist dah delete...so memang kene buat baru...tapi still dalam concept yang sama iaitu Birthday Party + Kenduri doa selamat pindah rumah baru..Qist bagitahu dia yang Qist tak dapatlah nak buat design sama macam hari tu..yang tu leceh sikit dan perlukan masa lebih untuk buat...Qist ada tunjuk satu sample yang Qist buat untuk Birthday Party anak kawan Qist yang akan berlangsung hujung bulan ni..(akan update lepas event nanti....hehe) dan dia OK dengan idea basic macam tu..dia request untuk letak kartun DORA dan gambar anak dia sekali...maka inilah hasilnya....dan Alhamdulillah kawan Qist tu happy dan suka dengan hasil kerja ni...=)







kepada sesiapa yang berminat untuk menempah kad macam ni untuk birthday, aqiqah or apa-apa majlis yang sesuai bolehlah SMS or email Qist ya!

untuk design macam ni...saiz kad 10cm x 14cm..print depan dan belakang...tempahan :
 bagi 50 keping ke bawah = RM 1.50 sekeping
bagi 50-100 keping = RM1.20 sekeping

jika nak sekali dengan basic envelope dan stiker....+10sen bagi setiap keping...
tiada minimum order...dan maksimum order adalah 100 keping...=)
boleh request untuk design dan karakter lain mengikut tema dan kesesuaian majlis....

(= TERIMA KASIH =) 

p/s : nak tempah design basic untuk kad kahwin pun boleh...=)...itu harganya lain dari yg handmade ni..boleh runding-runding jika berminat..=)









Baru-baru di TAHUN BARU

Hye! semua....harap masih tidak terlambat untuk mengucapkan Happy New Year 2013...semoga tahun ini lebih bermanfaat dari sebelum-sebelumnya..semoga lebih banyak kejayaan dan banyak kebaikan diperolehi pada tahun ini.. so untuk tahun ni..Qist merancang nak buat sesuatu yang baru kat blog ini...masih lagi berkongsi idea dan mempamerkan hasil kerja Qist kat blog ini...cuma caranya sahaja lain sikit...

Antara perubahan yang cuba Qist buat adalah dari segi penggunaan bahasa dan ejaan yang lebih formal..manalah tau kalau ada orang asing yang view blog ni..so diorang bolehlah translate kan ayat-ayat ini satu persatu..Qist kurang fasih berbahasa Inggeris..sekadar basic grammar bolehlah...=).. kemudiannya, penggunaan kata ganti nama dari saya ke Qist...barulah kena dengan nama blog ini..nama blog ini pun nama spontan..idea tiba-tiba...tapi ok jugak rasanya..haha... dan last sekali, Qist dah buat watermark untuk letak kat gambar-gambar yang di upload dalam ini...bagi nampak lebih formal..


Alhamdulillah, permulaan tahun baru ni, rezeki datang tak diduga...mudah2an berterusan..InsyaAllah..so lepas ini apa-apa yang di upload adalah untuk dikongsi...kongsi idea dan sekiranya berminat nak menempah pun boleh juga...nak minta pendapat pun boleh...setakat mana yang Qist boleh tolong...Qist akan tolong...=)...oh ya! Qist ada buat fan page kat FB...tapi segan lagi nak promote kat orang ramai..lagipun belum banyak sample...dalam page ini...Qist buat untuk dekorasi rumah..setakat ini ada beberapa sample kaligrafi je..agak busy bulan ini, so belum ada masa nak tambah sample..so kalau berminat bolehlah tengok-tengok kat page ni...terima kasih!....coming soon akan buat lain-lain lagi jenis hiasan untuk deko-deko rumah...InsyaAllah...dan lepas tu barulah boleh promote secara terang-terangan...=P



okla..cukuplah setakat ini....Qist pun rasa pelik bila taip macam ini...rasa macam skema pulak..nak menaip pun perlahan-lahan sebab dah lama guna short form...bila nak tulis in proper dah rasa kekok...sebelum tu Qist nak minta maaf..Qist memang ada masalah penggunaan tatabahasa dari sekolah lagi...huhuhu...harap-harap korang semua memahami ayat-ayat dan hasrat tahun baru Qist ini..hahaha...ok bye! thank you so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...