Friday, September 13, 2013

Tempahan Bookmark

Hye, Assalamualaikum... ok hari ni Qist nak update mengenai tempahan bookmark dari Guru Kelab Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin (SAMTSH), Klang sempena dengan hari sukan sekolah... tempahan yang dibuat sedikit sahaja..sebagai memperbanyakkan barang2 untuk dijual pada hari sukan tersebut... 



Ada 2 jenis penanda buku..iaitu penanda buku biasa yang disertakan dengan Mutiara Kata / Quote dalam Bahasa Inggeris...dan penanda buku origami..

diantara penanda buku biasa dengan design yang berbeza setiap satunya..
total semua penanda buku jenis ini ada 15keping

bahagian depan dan belakang

penanda buku origami..siap dipaketkan...total ada 20 paket..

Baiklah, bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan..bolehlah membuat tempahan..selewat2nya seminggu sebelum tarikh yang dikehendaki...supaya tidak tergesa2...boleh request design lain atau idea lain...juga boleh tempah lain2 kerja kraf yang sesuai untuk dijual di sekolah jika ada Guru2 yang berminat untuk mendapatkannya...bukan hanya untuk budak sekolah je..untuk event2 lain pun boleh...

harga bagi penanda buku :

1) biasa (with/without Quote) - RM1.20
2) origami (sepaket) - RM1.00



ready utk dihantar ke sekolah..hehe...TQ Cikgu!! tahun depan order lagi ye =)

Thursday, September 5, 2013

Pororo & Friends Party Kit


Hye!...ok..untuk entry pertama setelah lama tak update..Qist nak share gambar Party Kit dengan tema Pororo & Friends..klien Qist ni merupakan senior masa di UiTM..dah lama tak berborak..tiba2 call untuk tempah Party Kit ni..rezeki Alhamdulillah!..beliau ambik Tiger Package..beliau datang pick up sendiri dan bawak balik jauh ke Sarawak..kebetulan akak ni ada kursus di Shah Alam sebab tu COD je..dan bawah ni...gambar yang di share oleh beliau...hehe...terima kasih =)


untuk sesiapa yang nak tempah..seperti yang diberitahu dalam entry terdahulu..party kit ni dijual secara pos..just order dan bagitau detail..after buat payment..dalam 4 hari kemudian InsyaAllah akan diposkan..untuk order skurang2nya 1 minggu awal..supaya Qist bleh prepare awal...semua item akan dipaket kan supaya tidak bercampur aduk..dan dimasukkan ke dalam kotak..InsyaAllah..buat masa ni..semuanya telah selamat diposkan..=)


ini contoh barang2 yang telah dipaketkan dan dilabelkan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak...pembeli just gantung je mengikut kreativiti masing2...untuk harga pakej dan lain2....boleh rujuk di entry ini - Party Kit ...=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...