Thursday, October 27, 2011

Vibrant Vintage - siri 3


'KEMBAL'....nama kotak ni kembal....sangat popular pada zaman dulu..terutama bagi org2 johor...kembal ni bleh dikatakan warisan turun temurun dari keluarga sebelah mak...mak yang perkenalkan pasal kembal ni...sebab dulu mak kawin pun buat kembal ni as a door gift utk tetamu yang datang..so kembal ni sekarang jadi trademark family saya..=D...mesti buat kembal ni untuk kenduri kecil-kecilan..


sebiji kembal ni memerlukan 6pcs kertas yang dilipat terlebih dahulu sebelum dicantumkan menjadi seketul macam tu..haha..nk lipat memang leceh dan ambik masa....tapi klau dah expert kejap je nak siapkan =D...nk mencantumkan plak kena ada ketelitian...kene pastikan semua jari berfungsi dan saling tolong menolong untuk pegang 6pcs kertas yang dh dilipat2 tu...kembal ni lebih kurang sama dengan origami dari jepun..(tapi tak ingat plak nama origami tu)..bentuk sama tapi cara lipatan dia berbeza..

kembal ni sangatlah kukuh strukturnya..untuk event yang lepas2..kembal ni diisi dengan gula2 & coklat for kids..so masa event saya hari tu..saya buat sebanyak 100 biji...tp untuk isi bunga rampai dan duit syiling 50 sen...saiz dalam 4cm x 4cm....bentuk mesti 4 segi sama..kalau tak..tak jadilah kembal ni..kos kembal untuk saiz ni sama dengan 3pcs kertas A4 untuk 4 biji kembal..warna merah pink sempena ikut tema event tu...saya buat 3 corak...plain, polkadot & love...tapi cuma yang plain je yang ada xtra dan sempat untuk di photoshoot kan..=p

Saturday, October 22, 2011

Vibrant Vintage - siri 2


siri kedua kali ni just nak tunjuk tag yang saya buat untuk diikatkan pada doorgift untuk para tetamu yg datang..tag dwi muka untuk event 2 dalam 1..simple and jimat..just guna 5keping kertas A4 putih and 8 kertas A4warna..untuk 100pcs...gambar cari kat internet..grafik buat sendiri..gunting dan lekat!!...haha...saiz tag ni 5cm x 2.5cm..=)

Saturday, October 8, 2011

Vibrant Vintage - siri 1


tadaaaa!! ini kad jemputan majlis pertunangan saya 01/10/11...saya buat dalam 9 keping sahaja..hanya untuk ibu bapa dan adik bradik kedua2 belah pihak..hehehe...saja2 buat bagi mengisi masa yang terlalu lapang masa bulan puasa hari tu...so..konsep 'e' day saya adalah 'vibrant vintage'...konsep yang saya reka sendiri...=D...alhamdulillah dan terima kasih kerana di beri ilham untuk buat konsep ni..=)

saya pilih konsep ni sebab saya sangat suka dengan benda2 yang nampak klasik...old skul..or sifat2 kekampungan...yang nampak unik, etnik, dan eklektik..ya!! itulah karakter design yang saya selalu terapkan dalam setiap rekaan kehidupan saya..bagi saya biar nampak typical..or biasa...yang penting meriah..dan memuaskan hati sendiri...=p...so kad ini saya buat sendiri..design, print, gunting dan lipat....dan saya combine kan dengan seekor burung origami...so design kad ni bleh la ditakrifkan sebagai 'fancy card with dove stopper'..kad and origami tu asing2..so if kalian dah ada kad...and nak tambah deko2 or detailing..boleh la copy this idea..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...