Thursday, October 27, 2011

Vibrant Vintage - siri 3


'KEMBAL'....nama kotak ni kembal....sangat popular pada zaman dulu..terutama bagi org2 johor...kembal ni bleh dikatakan warisan turun temurun dari keluarga sebelah mak...mak yang perkenalkan pasal kembal ni...sebab dulu mak kawin pun buat kembal ni as a door gift utk tetamu yang datang..so kembal ni sekarang jadi trademark family saya..=D...mesti buat kembal ni untuk kenduri kecil-kecilan..


sebiji kembal ni memerlukan 6pcs kertas yang dilipat terlebih dahulu sebelum dicantumkan menjadi seketul macam tu..haha..nk lipat memang leceh dan ambik masa....tapi klau dah expert kejap je nak siapkan =D...nk mencantumkan plak kena ada ketelitian...kene pastikan semua jari berfungsi dan saling tolong menolong untuk pegang 6pcs kertas yang dh dilipat2 tu...kembal ni lebih kurang sama dengan origami dari jepun..(tapi tak ingat plak nama origami tu)..bentuk sama tapi cara lipatan dia berbeza..

kembal ni sangatlah kukuh strukturnya..untuk event yang lepas2..kembal ni diisi dengan gula2 & coklat for kids..so masa event saya hari tu..saya buat sebanyak 100 biji...tp untuk isi bunga rampai dan duit syiling 50 sen...saiz dalam 4cm x 4cm....bentuk mesti 4 segi sama..kalau tak..tak jadilah kembal ni..kos kembal untuk saiz ni sama dengan 3pcs kertas A4 untuk 4 biji kembal..warna merah pink sempena ikut tema event tu...saya buat 3 corak...plain, polkadot & love...tapi cuma yang plain je yang ada xtra dan sempat untuk di photoshoot kan..=p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...