Tuesday, January 29, 2013

Mickey Mouse Birthday Party

Hye! ok hari ni Qist nak update satu lagi job yang Qist dapat dalam tahun ni..Alhamdulillah....walaupun perancangannya dah start sejak hujung tahun lepas..event ni berlangsung hari ahad yang lepas...27 January 2013..klien Qist kali ni kawan sekelas masa belajar kat UiTM dan juga kawan blogger. Nama dia Alin, so dia request untuk buat theme Mickey Mouse sempena birthday anak sulungnya yang pertama.

Untuk job ni, apa yang Qist provide adalah backdrop design, banner, party flags, party garland, photobooth area + props, tablecloth, food labelling, welcoming poster, balloons and etc. Jom! tengok gambar2 masa event tu...tapi ada sikit je la...hehe


Happy Birthday Hafidh Aryan


party backdrop


overall area


balloons




food labelling - atas
cake flags - bawah


cake by : i.i. bakeriestudio

untuk cake Alin tempah kat kawan sekelas kitorang juga...so bleh la klik link kat atas ni..klau berminat nak tempah cake / cupcake / crepe dari dia....nama dia Illi...=)


party garland....=( sob..sob..sob



ini Alin dan baby coming soon...birthday boy dah tertido keletihan masa ni...hehe


 ini plak tukang buat kek dan tukang deko-deko....=p


untuk percubaan pertama ini...overall ok, cuma Qist ada sedikit ralat sebab party garland tu tak dapat nak gantung sebab tali berselirat...huhuhu.....lepas ni kena berhati-hati masa packing barang..tak nak kejadian sama berulang lagi...penat-penat buat last-last tak dapat nak gantung...huhuhuhu...

Qist harap lepas ni ada la lagi orang berminat untuk tempah deko-deko party ni..untuk next entry Qist akan beritahu pricelist untuk deko-deko ni...so akan ada pakej A, B dan C...dan juga harga bagi each item....Qist nak jual Party Kit...so sesiapa yang berminat boleh tempah ikut pakej or order satu2 ikut keperluan..Party Kit ni dijual secara pos, so kalau ada klien duduk jauh kat Kedah ke Perak ke mana2 pun boleh oder..tinggal gantung je kat rumah masing2...senang jimat kos nak bayar transportation dan upah pasang..just  bayar harga Party Kit dan kos pos je..sekarang kan zaman bisnes online dan pos-mengepos...hehehe....okla..sekian sahaja...tunggu next entry ya!.... 

Thursday, January 10, 2013

Birthday Card

Alhamdulillah...ini adalah job pertama Qist untuk tahun 2013...rezeki yang tak disangka-sangka...kawan Qist ni pernah mintak sample untuk handmade card...Qist pernah cerita kat entry tahun lepas...tapi event tu tak jadi...so tiba-tiba Jumaat lepas kawan Qist ni PM Qist minta tolong buatkan kad ni..buat segera sebab event dia dah nak dekat...so paling lambat hari Selasa (kelmarin) mesti dah kene pos..

Mula-mula rasa macam tak sempat nak buatkan...sebab file lama yang Qist buatkan dia dulu Qist dah delete...so memang kene buat baru...tapi still dalam concept yang sama iaitu Birthday Party + Kenduri doa selamat pindah rumah baru..Qist bagitahu dia yang Qist tak dapatlah nak buat design sama macam hari tu..yang tu leceh sikit dan perlukan masa lebih untuk buat...Qist ada tunjuk satu sample yang Qist buat untuk Birthday Party anak kawan Qist yang akan berlangsung hujung bulan ni..(akan update lepas event nanti....hehe) dan dia OK dengan idea basic macam tu..dia request untuk letak kartun DORA dan gambar anak dia sekali...maka inilah hasilnya....dan Alhamdulillah kawan Qist tu happy dan suka dengan hasil kerja ni...=)







kepada sesiapa yang berminat untuk menempah kad macam ni untuk birthday, aqiqah or apa-apa majlis yang sesuai bolehlah SMS or email Qist ya!

untuk design macam ni...saiz kad 10cm x 14cm..print depan dan belakang...tempahan :
 bagi 50 keping ke bawah = RM 1.50 sekeping
bagi 50-100 keping = RM1.20 sekeping

jika nak sekali dengan basic envelope dan stiker....+10sen bagi setiap keping...
tiada minimum order...dan maksimum order adalah 100 keping...=)
boleh request untuk design dan karakter lain mengikut tema dan kesesuaian majlis....

(= TERIMA KASIH =) 

p/s : nak tempah design basic untuk kad kahwin pun boleh...=)...itu harganya lain dari yg handmade ni..boleh runding-runding jika berminat..=)









Baru-baru di TAHUN BARU

Hye! semua....harap masih tidak terlambat untuk mengucapkan Happy New Year 2013...semoga tahun ini lebih bermanfaat dari sebelum-sebelumnya..semoga lebih banyak kejayaan dan banyak kebaikan diperolehi pada tahun ini.. so untuk tahun ni..Qist merancang nak buat sesuatu yang baru kat blog ini...masih lagi berkongsi idea dan mempamerkan hasil kerja Qist kat blog ini...cuma caranya sahaja lain sikit...

Antara perubahan yang cuba Qist buat adalah dari segi penggunaan bahasa dan ejaan yang lebih formal..manalah tau kalau ada orang asing yang view blog ni..so diorang bolehlah translate kan ayat-ayat ini satu persatu..Qist kurang fasih berbahasa Inggeris..sekadar basic grammar bolehlah...=).. kemudiannya, penggunaan kata ganti nama dari saya ke Qist...barulah kena dengan nama blog ini..nama blog ini pun nama spontan..idea tiba-tiba...tapi ok jugak rasanya..haha... dan last sekali, Qist dah buat watermark untuk letak kat gambar-gambar yang di upload dalam ini...bagi nampak lebih formal..


Alhamdulillah, permulaan tahun baru ni, rezeki datang tak diduga...mudah2an berterusan..InsyaAllah..so lepas ini apa-apa yang di upload adalah untuk dikongsi...kongsi idea dan sekiranya berminat nak menempah pun boleh juga...nak minta pendapat pun boleh...setakat mana yang Qist boleh tolong...Qist akan tolong...=)...oh ya! Qist ada buat fan page kat FB...tapi segan lagi nak promote kat orang ramai..lagipun belum banyak sample...dalam page ini...Qist buat untuk dekorasi rumah..setakat ini ada beberapa sample kaligrafi je..agak busy bulan ini, so belum ada masa nak tambah sample..so kalau berminat bolehlah tengok-tengok kat page ni...terima kasih!....coming soon akan buat lain-lain lagi jenis hiasan untuk deko-deko rumah...InsyaAllah...dan lepas tu barulah boleh promote secara terang-terangan...=P



okla..cukuplah setakat ini....Qist pun rasa pelik bila taip macam ini...rasa macam skema pulak..nak menaip pun perlahan-lahan sebab dah lama guna short form...bila nak tulis in proper dah rasa kekok...sebelum tu Qist nak minta maaf..Qist memang ada masalah penggunaan tatabahasa dari sekolah lagi...huhuhu...harap-harap korang semua memahami ayat-ayat dan hasrat tahun baru Qist ini..hahaha...ok bye! thank you so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...