Sunday, February 26, 2012

Kawin Kawin - siri 3 ~Card Dolly~



ini merupakan handmade invitation card yg saya buat di atas permintaan mak saya..kad ini untuk diedarkan kepada jiran-jiran tetangga yg berdekatan..so saya buat dalam 200 keping..kos untuk buat 200 keping kad adalah RM55 sahaja...

saya menggunakan kombinasi brown paper dan dolly paper..agar seragam dengan tema yang lain...design kad saya buat sendiri..basic je mcm kad-kad yang biasa ada di pasaran...grafik cari kat google...printing hitam putih je depan belakang...sekeping A4 boleh dapat 2 keping...dilipat 3 seperti dalam gambar yang tertera...tampal dolly paper and tag warna peach sebagai highlight...

dan inilah hasil yang dah siap....=)


...bahagian depan...


...bahagian belakang...

Tuesday, February 7, 2012

Kawin Kawin - siri 2 ~Door Gift utk Kanak2~


akhirnya selesai juga kerja2 pembikinan DIY door gift untuk kanak2 walaupun 2 ke 3 minggu yang lalu sibuk dengan tugasan harian....okla.. kotak door gift untuk kanak2 ni tak buat banyak... hanya 100 kotak sahaja...maka barang2 yang diperlukan adalah seperti berikut..

brown paper - 5pcs = RM2.40 sekeping (sekeping boleh dapat 20 kotak)
riben halus 1/8" = RM8.90 se roll ( tapi pakai tak sampai separuh pun)
dolly paper 4.5" = RM2.50 sepeket ada 200pcs
dan lain2 alatan sedia ada seperti gunting, penebuk lubang saiz kecil,
pisau,cutting mat, steel ruler dan gam


mula2 kita ukur saiz yang kita nak buat...saya menggunakan saiz 9cm x 11 cm..kemudian brown paper itu dilipat seperti dalam gambar di atas...tebukkan lubang pada setiap hujung sisi kotak untuk masukkan riben tadi...riben dipotong mengikut panjang yang kita nak..klau nak riben berjurai2..potong la panjang lagi...dan akhir skali lekatkan dolly paper mengikut kesesuaian...

kotak door gift ni boleh memuatkan 5 - 7 biji gula2...so inilah hasil yg dah siap...gula2 Daim tu adalah sekadar hiasan...itu je gula2 yang ada buat masa ini..haha...


secara totalnya...kos untuk membuat kotak ni adalah dalam RM0.17 sahaja...saya pernah pergi tanya di kedai printing...and harga yang diberi untuk sekotak adalah RM0.40 iaitu bagi tempahan minimun 500pcs..hanya kertas yang diprint mengikut design...tidak termasuk riben, upah buat dan lain2...kesimpulannya buat sendiri lebih menjimatkan..nak buat pun tak susah and tak ambik masa yang lama jika dibuat dengan penuh konsentrasi...hehe...=D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...