Saturday, June 2, 2012

Kawin Kawin - siri 7 ~Hand Bouquet~

ok...kali ni saya nak tunjukkan hand bouquet untuk majlis resepsi pula...hand bouquet kali ni saya buat lain skit bentuknya dari hand bouquet masa nikah...so..bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut...

semua barang2 di atas adalah bahan sedia ada...dan bahan terpakai...tiada kos diperlukan..=P

 1) kain dari bahan yang dikitar semula 
2) lighter dan lilin
3) jarum dan benang
4) gunting dan ragum
5) manik bulat 

mula2...kita gunting kain bentuk bulat...buat pelbagai saiz....supaya nanti bila dilapiskan menghasilkan 'gradiation' atau dalam bahasa design disebut sebagai 'architectonic'...bagi menampakkan kelopak bunga yang berlapis2...kemudian...lilinkan bahagian tepi kain bulat yang telah digunting tadi....

setelah siap kesemua kain tadi dililinkan, susun secara berlapis2...saya menggunakan 8 lapisan  berbeza saiz bagi bunga yang besar dan kurangkan lapisan bagi bunga yang kecil...setelah dililinkan....kain tadi akan berkedut2 pada bahagian yang terkena lilin...setelah dilapiskan, ambil sebiji manik dan jahitkan pada bahagian tengah lapisan kain tadi....

setelah siap kesemua bunga itu...saya lilinkan sekali lagi bahagian tepi atas dan bawah...supaya kelopak tadi kelihatan lebih cantik..

dan ini hasil bunga yang dah siap...saya buat lebih kurang 20 kuntum bunga dalam pelbagai saiz....okla...proses seterusnya menggubah bunga menjadi satu jambak pula....

saya telah memilih 4 jenis daun pelbagai bentuk dan berbeza material.....
1) daun dari kain berbentuk macam daun kesom (hahaha..saya tak tau nak describe bentuk daun sebenar)
2) daun lalang dari material plastik 
3) daun macam daun pokok orkid dari material getah
4) daun dari kain tapi saya just guna yang biji2 tu sebagai aksesori tambahan...

saya just ikatkan kesemua kuntum bunga pada tangkai daun kesom itu tadi...kuntuman yang besar pada bahagian pangkal....dan kumtuman kecil di bahagian hujung.....hasilnya seperti dalam gambar di atas....(kucing2 tersebut adalah props tambahan...tidak di ikat sekali pada daun kesom tersebut...)

kemudian saya cantumkan daun lalang dan biji2 tersebut...letak dan ikat mengikut kesesuaian....akhir sekali pisahkan daun getah tu...satu persatu dan ikat pada bahagian pangkal daun kesom tu supaya bahagian pangkal tu lebuh kukuh...dan hanya pada bahagian hujung daun saja yang terkulai kebawah... di tempat pemegangnya....saya just letak kain felt dan ikat dengan renda dan riben.....(penerangan ini tidak bergambar..harap maaf).....dan hasilnya akhirnya seperti di bawah.....


seperti yang saya katakan di atas tadi..untuk hand bouquet kali ni..saya buat jenis yang terkulai ke bawah...dan cara pegang seperti dalam gambar.....erm...saya juga buatkan sekuntum bunga untuk suami saya...hehehe....akhir sekali...bunga ini sebenarnya saya kitar semula dari payung saya yang dah patah....hehehe....so kalau kalian ada payung yang dah xboleh dipakai..jangan terus dibuang....ada macam2 benda yang kita bleh buat dengan payung tu...

skian!... sediakan payung sebelum kahwin...hahaha


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...